2013, Activities

BBQ Orientation 2013

10 Mac 2013 – Program pertama bagi Kelab UMNO Auckland (KUA) yang melibatkan semua ahli kelab. BBQ Orientation merupakan satu program tahunan bagi KUA sebagai alu-aluan kepada pelajar Malaysia yang baru menyesuaikan diri di tanah Auckland. Program ini juga dibukakan kepada pelajar antarabangsa agar mereka dapat mengenali budaya Malaysia sekaligus memberi peluang kepada pelajar Malaysia untuk berkenalan dengan masyarakat luar.

Program BBQ Orientation dimulakan dengan sesi pendaftaran ada jam 11.30 pagi sehingga 12.15 tengah hari. Semasa pendaftaran, peserta diberikan pelekat berwarna yang bertuliskan nama masing-masing. Kemudian, program dilanjutkan dengan ucapan dari Presiden Kelab, Muhammad Alauddin al-Hafiz dan pengenalan ahli jawatankuasa Kelab UMNO Auckland 2013.

IMG_8795

AJK Kelab bersama bantuan dari ahli kelab dalam penyediaan juadah tengah hari

AJK Kelab bersama bantuan dari ahli kelab dalam penyediaan juadah tengah hari

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut warna pelekat yang diberikan, antaranya ialah merah, hijau, kuning dan biru. Aktiviti pertama merupakan aktiviti ‘ice-breaker’. Dalam aktiviti ini, para peserta perlu membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada ahli yang berbeza warna pelekatnya. Dalam sebutan lain, setiap kumpulan perlu mempunyai satu ahli merah, satu ahli kuning, satu ahli biru dan dua ahli hijau. Sebagai tanda pengenalan antara ahli kumpulan, satu akitiviti telah disediakan dan arahan telah diberikan oleh wakil AJK kelab. Dalam aktiviti ini, setiap ahli perlulah membuat isyarat atau gerakan badan menandakan sesuatu hobi atau aktiviti kesukaan masing-masing tanpa mengeluarkan suara dan kemudiannya perlu diteka oleh ahli yang lain.

Peserta duduk dalam kumpulan dalam permainan buaya biawak

Peserta duduk dalam kumpulan dalam permainan buaya biawak

Akitiviti ‘ice-breaker’ diteruskan dengan permainan ‘Buaya-biawak’. Permainan menarik ini berkonsepkan kepekaan dan kepantasan ahli. Peserta diberikan arahan untuk duduk dalam bulatan kumpulan. Buaya menandakan kanan manakala biawak menandakan kiri. Salah seorang daripada ahli kumpulan perlu memulakan permainan dengan menujukan tangan ke arah kiri atau kanan diserentakkan dengan sebutan ‘buaya’ atau ‘biawak’ mengikut arah yang ditujukan. Kemudian, ahli yang dituju pula perlu menuju ke arah ahli kiri atau kanannya secara tangkas dan cepat. Kegagalan untuk menyambut dengan cepat akan mengakibatkan peserta yang dituju tersebut disingkirkan dalam permainan.

Setelah aktiviti ‘ice-breaker’ selesai, program diteruskan pula dengan aktiviti kumpulan. Pada kali ini, peserta perlu duduk di dalam kumpulan mengikut warna pelekat nama masing-masing. Pelbagai aktiviti menarik telah diselitkan yang berkonsepkan ‘teamwork’ (kerjasama) dan tradisional Melayu. Antara permainan dan aktiviti yang diselitkan ialah Boling Kelapa, Radio Buruk, dan ‘Sheet of Paper Step-Through Game’. Pada masa yang sama, setiap kumpulan dibekalkan dengan sebatang lilin dan beberapa batang mancis. Sebagai syarat kemenangan, setiap kumpulan perlulah mengikuti semua aktiviti yang disediakan dan perlulah lapor kepada AJK yang bertugas bersama lilin yang masih hidup apinya. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kumpulan tersebut hilang kelayakan dalam memenangi acara ini.

Peserta membawa lilin yang menyala

Peserta membawa lilin yang menyala

Program diakhiri dengan hidangan juadah makan tengah hari yang disediakan oleh jawatankuasa kelab dengan bantuan beberapa ahli kelab. Antara juadah yang dihidangkan ialah Nasi Lemak, sambal, ayam BBQ, dan satay.

Advertisements

Discussion

One thought on “BBQ Orientation 2013

  1. Hensem nya pembawa lilin tuh

    Posted by Woot | March 20, 2013, 12:45 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Archives

AFFILIATION